TIPS & TRIK

9 perkara paling diingini isteri ketika berhubungan seks, suami wajiblah tahu!

ColiBareng - Ketika berhubungan seks, para suami lebih kerap memikirkan tentang kepuasan mereka sahaja. Hal ini membuatkan isteri anda “tersinggung”. 

Jadi, jangan terkejut jika kadang-kadang, mereka boleh “dingin seks“! Seorang isteri juga memiliki keinginan tersendiri ketika berhubungan seks.

Antaranya seperti 9 perkara ini. Jadi suami, anda wajiblah tahu apa yang isteri anda mahukan ini!

9 perkara isteri mahu ketika berhubungan seks

1. Seks oral (cunnilingus)

Suami jangan sesekali lupa rangsangan oral menggunakan mulut, bibir dan lidah. Ia sebenarnya amat bagus untuk merangsang isteri!

Malah, semua wanita amat menyukai seks oral, sama seperti bagaimana para lelaki membayangkan aksi blowjob

2. Pelukan mesra

Kadang-kadang, isteri juga mahukan pelukan mesra dari suaminya. Tapi, ia mungkin berbeza-beza mengikut setiap orang. Cuba anda peluk isteri dengan mesra tanpa dia minta. Lihat reaksinya, adakah dia suka dengan perbuatan anda itu?

Jika ya, bolehlah anda buatnya selalu sebelum berhubungan seks!

3. Bincang soal berhubungan seks

Mungkin isteri anda ingin mencuba sesuatu yang berbeza di ranjang, tapi dia malu untuk berbincang tentangnya.

Jadi sebagai suami, apa kata anda memulakan langkah ini dulu? Bincang dengan isteri apa posisi seks yang dia suka atau tidak suka. Pasti lepas ini anda akan makin memahaminya!

4. Mendengar suara seksi suaminya

Suara juga salah satu cara memberi rangsangan. Bagi kaum isteri, mereka amat menggemari suara mengerang suami dan akan lebih menikmati momen-momen yang terjadi.

Selain mengerang, suami juga boleh mengatakan betapa anda menikmati apa yang sedang dilakukan isteri sekarang.

Pasti dia tak sabar-sabar nak menggoda anda lagi!

5. Ketika berhubungan seks, isteri juga mahu rasa puas

Tahukah anda, kebanyakan isteri tidak mencapai orgasma atau klimaks ketika berhubungan seks dengan suami? 

Hal ini kerana kebanyakan suami hanya mengganggap badan isteri sebagai “tempat pemuas nafsu” sahaja tanpa memikirkan nafsu isteri itu sendiri. 

Jadi suami janganlah lupa untuk memberi isteri rasa puas. Sama-sama bekerjasama. Jika anda sudah penat lepas pancut, apa kata beri rangsangan oral pada klitoris isteri untuk dia klimaks pula?

6. Komunikasi dua hala

Untuk para isteri, komunikasi dua hala adalah bahagian terpenting dalam berhubungan seks. Tanyalah isteri anda apa yang dia suka dan apa yang dia mahu.

Pasti kalian akan lebih memahami dan bahagia selepas ini!

7. Kebersihan yang utama

Bagi isteri, kebersihan juga salah satu perkara yang penting. Sebab itu, mereka lebih suka jika suami membersihkan diri (malah membersihkan kemaluan) sebelum berhubungan seks.

Buat sesetengah isteri pula, kebersihan tempat tidur pun satu benda yang penting, tahu!

8. Foreplay jangan lupa!

Setiap isteri pasti tidak berapa suka jika anda tidak melakukan foreplay dan terus ke sajian utama. Ini kerana foreplay boleh membangunkan ghairah isteri.

Jadi suami, janganlah terburu-buru, ya? Luangkan sedikit masa untuk “pemanasan” dan manjakan isteri anda melalui kucupan mesra di leher atau di titik-titik sensitifnya.

Foreplay juga boleh membuatkan isteri anda mencapai klimaks!

9. Jangan fikir ini filem porno

Untuk kaum suami, tolong jangan minta isteri anda meniru aksi-aksi dalam filem porno. Memang aksi dalam filem lucah itu nampak menarik, tapi mereka sebenarnya hanya berlakon saja!

Malah, anda pasti terkejut jika mengetahui berapa banyak waktu dihabiskan untuk satu-satunya aksi! Jadi, filem porno itu sebenarnya tidak “real“. Apa yang real adalah hubungan anda suami isteri.

Berhenti bertindak seperti dalam filem porno. Tapi, cipta aksi realiti yang santai dan penuh cinta. Ini barulah hubungan intim yang real!

***

Ha… bagaimana? Anda sudah tahu apa yang isteri anda mahu ketika berhubungan seks? Isteri, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan pasangan anda.

Barulah mereka akan lebih memahami keinginan anda itu!

Baca Juga :  5 PENYEBAB PEKERJA KANTORAN ITU GEMUK-GEMUK
Tags
Show More

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Close
Close